Thursday, December 4, 2008

Tuhan, maafkan aku.

Tuhan,
sudikah kau mendengar rintihan hambamu ini?
Aku telah lama meninggalkan mu, tuhan!
Aku terlalu jauh dari sisimu,
terlalu jauh!

Adakah masa untuk aku kembali di sisimu?
Maafkan aku kerna meningalkan segala suruhan-MU.

Kini, bila aku kecewa,
aku sedih, aku marah, aku menangis
baru aku teringat untuk menyembah-MU.

Ampunkan aku.
Ampunkan aku.
Aku hanya seorang hamba yang lalai
dengan segala kurnaian yang kau berikan kepadaku.

2 ciuman:

Dhada said...

Tuhan itu kan senantiasa mendengar .
Maka berdoalah kepadanya, nescaya dia mengampuni dirimu (:

DEQWANI said...

hanya DIA yang SATU..
kpd DIA kite bersujud..
kpd DIA jugalah kita memohon..